Ini Buku BM UPSR
Ini Buku BI UPSR
Saya sendiri biasa mengajar begitu. Time BI, hanya buku BI ada di depan mata.
Tapi kini saya temui sesuatu yang BARU!
Sebenarnya AMAT EFEKTIF jika kita dapat gabungkan pembelajaran untuk 2 subjek bahasa ni. Maksudnya pembelajaran secara SERENTAK.
Maka terciptalah nama Teknik 2B1S yang bermaksud teknik (kill) 2 Birds (with) 1 Stone.
Macam mana tu?
Ingat semula Poin pertama saya iaitu KEBIASAANNYA, pelajar akan belajar 2 subjek ini BERASINGAN. Contohnya di bawah ini buku BM, maka pelajar akan belajar buku ini sahaja pada satu-satu masa.
Seterusnya, saya percaya pelajar yang bijak dan mempunyai pemikiran tahap KBAT akan menggunakan muka surat KANDUNGAN dalam buku ini untuk membentuk satu BIG PICTURE atau PANDANGAN MENYELURUH tentang apa yang ada dalam buku ini. Ini dipanggil sebagai Bird's Eye View.
Apa yang pelajar perlu buat sebenarnya adalah untuk mengekstrak TOPIK-TOPIK PENTING dari senarai KANDUNGAN tersebut.
Pelajar perlu NAMPAK apakah KAITAN di antara setiap topik. Ini memerlukan skil Mengaplikasi apa yang dia tahu sebelum dia belajar topik ini, Menganalisis maklumat yang ada dan Menilai semua fakta dan data yang dia ada.
Akhir sekali barulah pelajar boleh membuat FORMULASI iaitu MENCIPTA satu bentuk KONSEP tentang KESELURUHAN yang dia perlu pelajari dalam subjek BM. Susunan idea mestilah coherent, logical dan meaningful supaya dia mudah FAHAM dan INGAT selepas dia TAHU.
Kemudian pelajar perlu ULANG steps yang saya seperti untuk BM tadi untuk bahagian CONTENTS untuk Subjek BI pula.
Maka, akan terhasillah sesuatu seperti ini :
Yang ditulis menggunakan warna hijau adalah untuk subjek BM manakala menggunakan pensil untuk subjek BI.
KESIMPULANNYA????? → BI & BI SAMA SAHAJA!
Saya akan terangkan FLOW atau SUSUNAN topik2 penting tu nanti agar anda boleh terangkan kepada anak.
Hanya apabila anak NAMPAK yang BM dan BI ni sebenarnya SAMA dan susunannya sebegitu, amat logikal dan amat MUDAH difahami, barulah dia akan bersemnagat untuk tahu (belajar), faham (kerana now dah jadi mudah) dan ingat (kerana 2 kerja dalam 1) kedua-dua subjek.
Pembelajaran jadi MUDAH!
Kerja jadi RINGAN.
Yang best, 4A dalam tangan!
BM Pemahaman
BM Penulisan
BI Pemahaman
BI Penulisan
TAK NAK ke?????
5 comments:
Sir..where can i get the books
Any book store. I got these from Pustaka Rakyat.
Terbaik sir.... ht amir
Macam mana nak order. Beli untuk anak-anak
عظيم٠
Post a Comment