My kids' Magic Boxes |
Objektif : untuk buat anak BUAT LATIHAN selalu, tanpa disuruh a.k.a. RAHSIA Kotak Ajaib!
AMARAN : Buat permulaan, selama sekurang-kurangnya 21 hari atau sehingga 44 hari, anak PERLU DIAJAK DUDUK BELAJAR BERSAMA-SAMA IBU/DIPANTAU supaya mengikut sistem ini.
In Shaa Allah selepas itu anak akan buat sendiri tanpa disuruh.
A) Apakah itu Magic Box Manual (MBM)?
Sebuah kotak plastik yang berisi buku latihan WAJIB HARIAN untuk 4 subjek teras iaitu BM, BI, MATHS, SCIENCE
B) Apakah Saiz MBM?
Tidak terlalu nipis, tidak terlalu tebal
Seelok-eloknya yang jenis lutsinar, supaya boleh nampak isi di dalam.
Yang ada Pemegang supaya mudah dibawa ke mana-mana
C) Apakah Prasyarat sebelum Penggunaan MBM?
Ibu bapa perlu beri preview kepada anak tentang kepentingan ilmu. Cth: Kalau ada ilmu, dah masuk universiti, selepas itu nak jadi apa pun boleh. Kalau nak jadi professional macam doktor dan peguam, bagus. Nak berniaga pun bagus. Nak jadi doktor yang berniaga lebih bagus. Nak kerja apa pun bagus, asalkan kerja yang professional, yang boleh membantu orang lain, yang dapat menambah nilai hidup orang lain. Kerana jika kita bantu orang lain, Allah akan bantu kita melalui orang lain pula.
So yang penting, tanamkan dalam diri anak untuk nak masuk Universiti sekurang-kurangnya. Macam mana? Ada banyak cara. Anda sendiri boleh bagi idea kat ruangan komen nanti.
Dah tanamkan idea ttg universiti, bgtau pula nak masuk universiti cara mudah atau susah? Cara susah maknanya dah form 5 nanti baru belajar mati-matian. Cara mudah, dari sekarang belajar sikit demi sedikit.. Be consistent. Kalau dapat results bagus, boleh masuk sekolah bagus. Di sekolah bagus, dapat guru yang bagus2. Di sana semua dipermudahkan in shaa Allah.
D) Apakah CARA penggunaan MBM?
Ada banyak cara. Yang penting, anak kena buat setiap subjek at least satu muka surat sehari. Dia mesti enjoy buat latihan tu. Dia mesti faham, Dia mesti rajin bertanya.
Ada banyak cara nak bagi mrk buat semua tu.
Bagi saya, untuk MEMULAKAN MB untuk Tahun 6, gunakan buku Sasbadi Super Skills. Jika tiada gunakana buku BH DIDIK. Jika tiada, buku SASBADI. Jika tiada, buku terbitan mana-mana penerbit pun boleh.
Cara menggunakannya......boleh PM saya di 011-2882 0890 untuk tahu lebih detail.
RUTIN Belajar menggunakan MB ini perlu dibuat sekurang-kurangnya 21 HARI sehingga 44 hari, TANPA TERTINGGAL. Sekiranya selepas 44 hari buat setiap hari tanpa gagal, anak anda masih tidak suka MB, maksudnya tidak boleh mengamalkannya TANPA DISURUH, MB tidak sesuai untuknya.
Tetapi pada minggu pertama, ibu bapa mesti duduk sebelah anak, buat bersama-sama dgnnya, untuk dia explore dan appreciate the magic of MB. Minggu kedua dah boleh biar dia buat sendiri tetapi masih perlu disuruh.
Minggu ketiga ingatkan sahaja. Minggu ke-4 ke atas in shaa Allah dah jadi automatik. Atau masih perlu diingatkan.
Selepas 44 hari, please SHARE hasilnya di bawah ini, di ruangan komen.
Selamat Mencuba!
E) Contoh Sebenar atau Testimoni Mereka Yang Telah Menggunakan MBM
F) Kemajuan Dalam Pelajaran Ada Banyak Faktor
Memang ada banyak faktor seperti faktor guru, pelajar sendiri, pemakanan, kesihatan dan lain-lain. Tetapi MBM yang digunakan oleh anak2 saya sememangnya memainkan peranan serba-sedikit.
Contohnya anak ke 3 saya, results exam ada peningkatan ketara. Results belum keluar habis lagi.
Saya highlight pada BI sebab memang saya fokus pada BI lebih sedikit.
Tapi daripada apa yang nampak, ada banyak improvement.
Hasil Magic Box juga rasanya.
Walaupun anak saya yang 2006 ni PALING LEMAH di antara 3 yang dah bersekolah.
G) Berita Terkini tentang Magic Box Manual
Bukan sahaja anak yang nak exam yang boleh dibuat MBM. Sepatutnya semua anak dibuatkan MBM agar Budaya Cinta Akan Ilmu dan Cinta Latih Tubi berakar umbi dalam diri dan sanubari anak kita.
Buat MAGIC BOX MANUAL untuk anak yg di Tahun 4
Di kantin sekolah tgh tadi
Bangga dia
Kawan2 berkerumun nak tengok
Apa abah dia buat dgn dia
MBM ni dah terbukti
Berkesan mengikis rasa malas anak nak belajar
But where is the magic?
Sila komen jika anda berminat mengunakan MBM ini dan kongsikan hasilnya nanti.
SELAMAT MENCUBA!
======================================================================
UPDATE: 15hb April 2016
=====================
Kini Magic Box dah ada 2 jenis:
1) Magic Box Manual - MBM (seperti dalam penerangan di atas)
2) Magic Box Auto - MBA (akan diterangkan dalam posting yang berasingan)
======================================================================
UPDATE: 2hb Mei 2016
===================
BERITA BAIK!!!
=============
Kini ibu bapa boleh BELI SET MAGIC BOX MANUAL (MBM) untuk dihadiahkan kepada anak-anak!!!
=================================================
Saya dapati banyak ibu bapa yang suka dengan teknik belajar menggunakan Magic Box Manual. Ramai yang dah baca blog saya tentang Magic Box Manual ni. Tapi mereka TAK SEMPAT nak beli box, tak sempat nak cari buku sesuai dan berkuali, tak tahu bagaimana sebenarnya dan tak sempat nak bimbing anak di rumah untuk 'membuat' MBM ni di rumah.
Akibatnya, ibu bapa tak buat Magic Box untuk anak walaupun bagus. Akhirnya anak yang rugi kerana tidak mendapat peluang untuk berubah melalui penggunaan Magic Box. Oh ya, betul ke Magic Box ni hebat sangat? Betul ke anak akan berubah jadi lebih Minat, Rajin, Seronok & Bijak (MRSB) Belajar lepas gunakan Magic Box ni? Kalau ibu bapa tanya ya, sudah tentu saya akan jawab YA. Tapi apa kata ibu bapa cuba sendiri. Tak rugi apa pun, duit yang dikeluarkan dapat buku untuk anak pun.
Setakat ini, hanya pelajar-pelajar yang pernah hadir Bengkel Bijak Belajar 1 saya sahaja yang amalkan Magic Box. Itupun ada yang tidak konsisten kerana sebaik sahaja mereka balik ke rumah, mereka LUPA tentang KEAJAIBAN Magic Box. Tiada sesiapa nak mengingatkan mereka.
Jadi saya mendapat idea untuk membantu ibu bapa tersebut. Dengan cara ini, mereka yang tak pernah hadir Bengkel Bijak Belajar (BBB1 dan BBB2) juga boleh mendapat peluang untuk tahu apa itu Magic Box, tahu cara yang betul untuk menggunakannya dan berpeluang BERUBAH menjadi Pelajar Cemerlang selepas menggunakannya. Oleh kerana ibu bapa yang membelikannya melalui saya, dan ada PANDUAN daripada saya tentang cara-cara nak menggunakannya, in shaa Allah tiada lagi kes LUPA tentang KEAJAIBAN Magic Box ini.
Set Magic Box Manual bermaksud PANDUAN KHAS tentang CARA MEMBUAT DAN MENGGUNAKAN MAGIC BOX, RAHSIA MINAT BELAJAR DI RUMAH.
PANDUAN KHAS bermaksud saya sediakan buku--buku dan kotak plastik, saya beri panduan bergambar tentang bagaimana nak menukar kotak plastik menjadi Magic Box Manual dan yang paling berbaloi, saya beri panduan terperinci bagaimana nak MENGGUNAKAN Magic Box Manual setiap hari.
Berapa harganya?
Pakej MBM Tahap 1 (Tahun 123, ada 4 buah buku) = RM60
Pakej MBM Tahap 2 (Tahun 456, ada 4 buah buku) = RM70
----------------------------------------------------------------------------
Adalah pengenalan kepada konsep Magic Box. Buku di dalamnya adalah buku yang tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.
Ada 4 buah buku BM BI MATH SC sahaja, terbitan pelbagai penerbit. Harga sudah termasuk Poslaju.
Diharap agar ibu bapa tidak melihat pada nilai bahan sahaja kerana itu belum termasuk "nilai" PANDUAN BAGAIMANA MEMBUAT DAN MENGGUNAKAN MAGIC BOX DI RUMAH yang saya akan berikan untuk ibu bapa untuk memulakan Projek MBM bersama anak di rumah.
Jika anda berminat untuk membeli MBM, sila WhatsApp "Nak MBM" kepada saya di 011-2882 0890
♥ WhatsApp "Nak MBM" kepada saya di 011-2882 0890
♥ WhatsApp "Nak MBM" kepada saya di 011-2882 0890
♥ WhatsApp "Nak MBM" kepada saya di 011-2882 0890
Ada 4 buah buku BM BI MATH SC sahaja, terbitan pelbagai penerbit. Harga sudah termasuk Poslaju.
Diharap agar ibu bapa tidak melihat pada nilai bahan sahaja kerana itu belum termasuk "nilai" PANDUAN BAGAIMANA MEMBUAT DAN MENGGUNAKAN MAGIC BOX DI RUMAH yang saya akan berikan untuk ibu bapa untuk memulakan Projek MBM bersama anak di rumah.
Jika anda berminat untuk membeli MBM, sila WhatsApp "Nak MBM" kepada saya di 011-2882 0890
♥ WhatsApp "Nak MBM" kepada saya di 011-2882 0890
♥ WhatsApp "Nak MBM" kepada saya di 011-2882 0890
♥ WhatsApp "Nak MBM" kepada saya di 011-2882 0890
8 comments:
Magic box ini juga rahsia anak mai, murid kelas linus sejak thn 1 & 2, berjaya masuk kelas perdana terbaik di tahun 3. Result math pun dah pecah rekod dapat 96 markah walhal selama ini asyik sikit lagi, 1 markah lagi nak dapat 85 markah ikut gred lama.
Paling seronok bila hari pertama cuti sekolah, tanpa guidance ibu bapa langsung anak buat homework yg cikgu beri. Saya cuma pantau shj. Syukur 3S dalam genggaman & syukran for the MAGIC BOX tips, HT Amir
Terima kasih atas komen Zira IbuBapa.....Memang terbaik! Saya doakan anak puan terus cemerlang, gemilang dan terbilang!
Pm 0182314458
Sir amir...sya nk praktikan utk anak sya tp dia bru drjah 1.its not to early right?...
Not too early. In fact can start from 5 years old.
Result mid exam yg baru lepas anak bekas murid kelas Linus mendapat keputusan paling cemerlang iaitu result subjek teras semua A & kedudukan dlm thn 3 berubah drpd no 29 ke no 1 utk keseluruhannya. Guru kelas pun terperanjat & ramai yg Tanya apa rahsianya. Penggunaan MB setiap hari & focus dlm kelas adalah KUNCI KEJAYAAN ANAK. Syukran atas ciptaan teknik MB ini.
NAK CUBA JUGA ANAK BARU TAHUN 1 INSYAALLAH SAYA AKAN CUBA NANTI SAYA KONGSI MAKLUMBALAS...
PM SY 0122850742
Post a Comment