Tuesday 19 July 2016

RAHSIA menghabiskan KESEMUA soalan objektif dalam satu buku dalam masa SEHARI



Terima Kasih anda komen "NAK TAHU kepada soalan ini :

RAHSIA HABISKAN SEMUA SOALAN OBJEKTIF DALAM SEHARI!

Kenapa bila ibu bapa belikan buku aktiviti macam ni anak ambik masa sampai 2 3 bulan untuk habiskan?

Nak tau tak RAHSIA saya bantu anak murid saya habiskan seluruh soalan objektif buku Terengganu dalam masa sehari sahaja?

Komen "NAK TAHU".

-------------------------------------------------------------------------------
Sertai Bengkel Rahsia Study Last Minutes (RSLM) di Wangsa, Maju KL atau Denai Alam, Shah Alam untuk tahu lebih banyak RAHSIA BELAJAR LUARBIASA ciptaan HT Amir. Hantar mesej "Nak RSLM" ke 011-2882 0890 untuk mendaftar. Umur anak 10 ke 12 tahun sesuai untuk hadir RSLM.
-------------------------------------------------------------------------------

Begini RAHSIANYA.......Oh ya, sebelum tu, saya nak beritahu......PENTING......Saya akan kongsikan satu langkah sehari....Maksudnya anda perlu datang semua ke Blog ini ESOK untuk tahu Langkah seterusnya.....,......

19.7.2016 - LANGKAH 1 : PILIH BUKU AKTIVITI 
(contohnya buku Terengganu, macam dalam gambar di atas)

Maksudnya buku keluaran penerbit lain pun boleh. Asalkan format serupa macam exam sebenar. Saya rekomen buku Terengganu kerana soalannya mencabar dan berkualiti.

Satu lagi penerbitan soalan berbentuk UPSR sebenar yang berkualiti ialah terbitan BH DIDIK.

Saya rekomen mulakan dengan buku BI kerana pembahagian topik dalam soalan amat jelas

............bersambung LANGKAH 2 (esok)

20.7.2016 - LANGKAH 2 : MULAKAN DENGAN SET 1 SOALAN 1- 5
(contohnya macam dalam gambar-gambar di bawah ini)

Langkah 2.1 : PILIH Set 1



Mulakan dengan Set 1 jika buku baru dibeli. Jika telah dibuat sehingga Set 6, mulakan dari Set 7. 

Langkah 2.2 : PILIH Soalan No.1 - No.5


Pastikan soalan 1 - 5 masih belum dibuat. Masih kosong. Minta pelajar buat. Tapi sebelum mula, perlu tulis TARIKH & MASA MULA buat di sudut atas muka surat tersebut.

Langkah 2.3 : Tutor atau Cikgu atau Parent SEMAK



Sebelum kita semak, beritahu pelajar supaya menulis MASA TAMAT menjawab juga. Kita boleh semak terus, tanpa melihat jawapan di belakang buku, jika kita yakin. Ini akan menjimatkan lebih banyak masa lagi. Cara ini akan ambil masa 1 minit sahaja, termasuk dengan penerangan kenapa pelajar menjawab salah, malahan sempat lagi kita ajar dia SATU TEKNIK MENJAWAB yang dia belum tahu atau belum amalkan. Jika kita kurang yakin, kita boleh semak dengan melihat jawapan belakang. Cara ini akan ambil masa 1 setengah minit semuanya. Rugi 30 saat. 

Langkah 2.4 : AJAR satu teknik menjawab yang penting




Anak bukan robot. Dia tak boleh serap semua teknik sekaligus. Tapi anak juga bukan bodoh. Dia boleh serap seberapa banyak teknik atau tips menjawab, jika kena cara mengajarnya. Contohnya, saya sarankan agar anda mencuba mengajar SATU TEKNIK setiap satu sesi seperti di atas.

Contohnya dalam sesi di atas, pelajar tak buat Teknik Elimination iaitu memangkah 2 jawapan yang paling mengarut atau salah jawapannya. Maka kita ajar dia dan ingatkan dia. Bagitau berulang kali, supaya dia buat dalam sesi seterusnya. Anda akan dapat saksikan keajaiban bila mana dia akan MULA mempraktikkan skil tersebut. Cubalah!

Secara keseluruhannya, Sesi di atas mengambil masa 5 hingga 7 minit sahaja.


............bersambung LANGKAH 2 (esok)

3 comments:

  1. Assalammualaikum tertunggu step yang seterusnya......

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Terima kasih sir atas perkongsian. Menunggu langkah seterusnya.

    ReplyDelete