Sunday 1 July 2018

Panduan Mengajar Anak Kecil yang Pandai BI untuk Pandai BM

Image result for kid forced to do homework

Hari ini saya terbaca posting seorang ibu di FB yang mana anaknya yang berumur lebih kurang 7-8 tahun menangis kerana dimarahi.

Puncanya anak itu tidak dapat menjawab soalan BM dengan betul. Budak itu menjawab soalan kosa kata BM dengan menggunakan BI. Jadi saya terpanggil untuk membuat posting ini.

Di bawah ini adalah saranan saya kepada ibu tersebut.

Semoga bermanfaat.

 ================================== Assalam puan
Maaf saya beri pandangan ya
Actually yang di atas tu bukan belajar

Itu menjawab soalan = Praktis

Belajar lebih merupakan satu proses

Step 1: Mengenali Objek dan Ejaan
Contoh:
(1) Lihat dan baca kamus BI-BM Bergambar yang ada kosa kata tersebut

Step 2: Memasukkan data ke dalam memori
(2) Menyanyi lagu BM yang ada kosa kata tersebut

Step 3: Mengingati kosa kata tersebut
(3) Mengulang menyanyi lagu tersebut

Step 4: Menguji secara informal dan FUN
(4) Bila-bila ternampak objek tersebut di mana2 (contohnya di TV atau di kulit buku atau iklan), tanya anak "What's that in Malay?". Ini boleh dilakukan untuk objects lain juga. 

Step 5: Menguji secara FORMAL
(5) Guna buku aktiviti macam puan buat ni.

Step 6: Reflection
(6) Tanya anak, apakaha perasaan dia tentang keseluruhan proses belajar tu? Ada tak apa2 yang dia nak buat lebih lagi? Adakah dia rasa dia lebih TAHU selepas semua steps tu dibuat?

Wallahua'lam.

HT Amir
Jurulatih Pembelajaran di Rumah.
011-2882 0890