Thursday 31 March 2016

Belajar 2 Subjek Bahasa Serentak a.k.a Teknik 2 Birds 1 Stone (2B1S)


Ini Buku BM UPSR


Ini Buku BI UPSR

KEBIASAANNYA, pelajar akan belajar 2 subjek ini BERASINGAN.

Saya sendiri biasa mengajar begitu. Time BI, hanya buku BI ada di depan mata.

Tapi kini saya temui sesuatu yang BARU!

Sebenarnya AMAT EFEKTIF jika kita dapat gabungkan pembelajaran untuk 2 subjek bahasa ni. Maksudnya pembelajaran secara SERENTAK.

Maka terciptalah nama Teknik 2B1S yang bermaksud teknik (kill) 2 Birds (with) 1 Stone.

Macam mana tu?

Ingat semula Poin pertama saya iaitu KEBIASAANNYA, pelajar akan belajar 2 subjek ini BERASINGAN.  Contohnya di bawah ini buku BM, maka pelajar akan belajar buku ini sahaja pada satu-satu masa.

Seterusnya, saya percaya pelajar yang bijak dan mempunyai pemikiran tahap KBAT akan menggunakan muka surat KANDUNGAN dalam buku ini untuk membentuk satu BIG PICTURE atau PANDANGAN MENYELURUH tentang apa yang ada dalam buku ini. Ini dipanggil sebagai Bird's Eye View.

Apa yang pelajar perlu buat sebenarnya adalah untuk mengekstrak TOPIK-TOPIK PENTING dari senarai KANDUNGAN tersebut.

Pelajar perlu NAMPAK apakah KAITAN di antara setiap topik. Ini memerlukan skil Mengaplikasi apa yang dia tahu sebelum dia belajar topik ini, Menganalisis maklumat yang ada dan Menilai semua fakta dan data yang dia ada.

Akhir sekali barulah pelajar boleh membuat FORMULASI iaitu MENCIPTA satu bentuk KONSEP tentang KESELURUHAN yang dia perlu pelajari dalam subjek BM. Susunan idea mestilah coherent, logical dan meaningful supaya dia mudah FAHAM dan INGAT selepas dia TAHU.


Kemudian pelajar perlu ULANG steps yang saya seperti untuk BM tadi untuk bahagian CONTENTS untuk Subjek BI pula.




Maka, akan terhasillah sesuatu seperti ini :


Yang ditulis menggunakan warna hijau adalah untuk subjek BM manakala menggunakan pensil untuk subjek BI.

KESIMPULANNYA????? → BI & BI SAMA SAHAJA!

Saya akan terangkan FLOW atau SUSUNAN topik2 penting tu nanti agar anda boleh terangkan kepada anak.

Hanya apabila anak NAMPAK yang BM dan BI ni sebenarnya SAMA dan susunannya sebegitu, amat logikal dan amat MUDAH difahami, barulah dia akan bersemnagat untuk tahu (belajar), faham (kerana now dah jadi mudah) dan ingat (kerana 2 kerja dalam 1) kedua-dua subjek.

Pembelajaran jadi MUDAH!

Kerja jadi RINGAN.

Yang best, 4A dalam tangan!

BM Pemahaman
BM Penulisan
BI Pemahaman
BI Penulisan

TAK NAK ke?????

Tuesday 29 March 2016

Steps Belajar yang BETUL mengikut kajian HT Amir - B & T Dahulu.



Pertama sekali, anak atau pelajar perlu tahu mengenai BTPU.

B-ACA buku
T-ULIS nota
P-RAKTIS soalan
U-LANGKAJI semua

Apa yang saya nak kongsikan seterusnya ni adalah Steps B & T. Steps P & U tidak dibincangkan di sini.





Step 1 = B1 = BACA Buku : MINDA dan BUKU

Maksudnya MINDA kena bersedia nak belajar. Contohnya kita nak belajar Sains, so bersedia nak belajar SAINS. Kena pilih buku yang nak di BACA.





Step 2 = T1 = Buat Bird's Eye View (BEV)

Maksudnya kita jadi burung. Pandang KESELURUHAN untuk dapat The Big Picture tentang kesemua topik. Skil ni bukan sehari dua boleh dapat. Kena praktis praktis praktis. It takes time.


Step 3 = T2 = KAJI & KATEGORI
Buat supaya mudah ingat semua isi dan semua topik dan NAMPAK KAITAN antara setiap topik dalam buku tu. Dalam buku bermaksud untuk keseluruhan tahun 4 5 6.



Step 4 = T3 = SUSUN IDEA menggunakan Peta Minda Asas (PMA)

Tanpa Step 3 tadi, mustahil untuk buat PMA ni


Wednesday 16 March 2016

Rahsia MAGIC BOX MANUAL untuk Buat Anak Belajar Tanpa Disuruh

My kids' Magic Boxes
MAGIC BOX MANUAL Pencetus Minat
Objektif : untuk buat anak BUAT LATIHAN selalu, tanpa disuruh a.k.a. RAHSIA Kotak Ajaib!

AMARAN : Buat permulaan, selama sekurang-kurangnya 21 hari atau sehingga 44 hari, anak PERLU DIAJAK DUDUK BELAJAR BERSAMA-SAMA IBU/DIPANTAU supaya mengikut sistem ini.

In Shaa Allah selepas itu anak akan buat sendiri tanpa disuruh.

A) Apakah itu Magic Box Manual (MBM)?

Sebuah kotak plastik yang berisi buku latihan WAJIB HARIAN untuk 4 subjek teras iaitu BM, BI, MATHS, SCIENCE

B) Apakah Saiz MBM?

Tidak terlalu nipis, tidak terlalu tebal
Seelok-eloknya yang jenis lutsinar, supaya boleh nampak isi di dalam.
Yang ada Pemegang supaya mudah dibawa ke mana-mana

C) Apakah Prasyarat sebelum Penggunaan MBM?

Ibu bapa perlu beri preview kepada anak tentang kepentingan ilmu. Cth: Kalau ada ilmu, dah masuk universiti, selepas itu nak jadi apa pun boleh. Kalau nak jadi professional macam doktor dan peguam, bagus. Nak berniaga pun bagus. Nak jadi doktor yang berniaga lebih bagus. Nak kerja apa pun bagus, asalkan kerja yang professional, yang boleh membantu orang lain, yang dapat menambah nilai hidup orang lain. Kerana jika kita bantu orang lain, Allah akan bantu kita melalui orang lain pula.

So yang penting, tanamkan dalam diri anak untuk nak masuk Universiti sekurang-kurangnya. Macam mana? Ada banyak cara. Anda sendiri boleh bagi idea kat ruangan komen nanti.

Dah tanamkan idea ttg universiti, bgtau pula nak masuk universiti cara mudah atau susah? Cara susah maknanya dah form 5 nanti baru belajar mati-matian. Cara mudah, dari sekarang belajar sikit demi sedikit.. Be consistent. Kalau dapat results bagus, boleh masuk sekolah bagus. Di sekolah bagus, dapat guru yang bagus2. Di sana semua dipermudahkan in shaa Allah.

D) Apakah CARA penggunaan MBM?

Ada banyak cara. Yang penting, anak kena buat setiap subjek at least satu muka surat sehari. Dia mesti enjoy buat latihan tu. Dia mesti faham, Dia mesti rajin bertanya.

Ada banyak cara nak bagi mrk buat semua tu.

Bagi saya, untuk MEMULAKAN MB untuk Tahun 6, gunakan buku Sasbadi Super Skills. Jika tiada gunakana buku BH DIDIK. Jika tiada, buku SASBADI. Jika tiada, buku terbitan mana-mana penerbit pun boleh.

Cara menggunakannya......boleh PM saya di 011-2882 0890 untuk tahu lebih detail.

RUTIN Belajar menggunakan MB ini perlu dibuat sekurang-kurangnya 21 HARI sehingga 44 hari, TANPA TERTINGGAL. Sekiranya selepas 44 hari buat setiap hari tanpa gagal, anak anda masih tidak suka MB, maksudnya tidak boleh mengamalkannya TANPA DISURUH, MB tidak sesuai untuknya.

Tetapi pada minggu pertama, ibu bapa mesti duduk sebelah anak, buat bersama-sama dgnnya, untuk dia explore dan appreciate the magic of MB. Minggu kedua dah boleh biar dia buat sendiri tetapi masih perlu disuruh.

Minggu ketiga ingatkan sahaja. Minggu ke-4 ke atas in shaa Allah dah jadi automatik. Atau masih perlu diingatkan.

Selepas 44 hari, please SHARE hasilnya di bawah ini, di ruangan komen.

Selamat Mencuba!


E) Contoh Sebenar atau Testimoni Mereka Yang Telah Menggunakan MBM










F) Kemajuan Dalam Pelajaran Ada Banyak Faktor

Memang ada banyak faktor seperti faktor guru, pelajar sendiri, pemakanan, kesihatan dan lain-lain. Tetapi MBM yang digunakan oleh anak2 saya sememangnya memainkan peranan serba-sedikit.

Contohnya anak ke 3 saya, results exam ada peningkatan ketara. Results belum keluar habis lagi.
Saya highlight pada BI sebab memang saya fokus pada BI lebih sedikit.
Tapi daripada apa yang nampak, ada banyak improvement.
Hasil Magic Box juga rasanya.
Walaupun anak saya yang 2006 ni PALING LEMAH di antara 3 yang dah bersekolah.


G) Berita Terkini tentang Magic Box Manual

Bukan sahaja anak yang nak exam yang boleh dibuat MBM. Sepatutnya semua anak dibuatkan MBM agar Budaya Cinta Akan Ilmu dan Cinta Latih Tubi berakar umbi dalam diri dan sanubari anak kita.

Buat MAGIC BOX MANUAL untuk anak yg di Tahun 4

Di kantin sekolah tgh tadi

Bangga dia

Kawan2 berkerumun nak tengok

Apa abah dia buat dgn dia

MBM ni dah terbukti

Berkesan mengikis rasa malas anak nak belajar

But where is the magic?



Itu sahaja.

Sila komen jika anda berminat mengunakan MBM ini dan kongsikan hasilnya nanti.

SELAMAT MENCUBA!


======================================================================
UPDATE: 15hb April 2016
=====================
Kini Magic Box dah ada 2 jenis:

1) Magic Box Manual - MBM (seperti dalam penerangan di atas)
2) Magic Box Auto - MBA (akan diterangkan dalam posting yang berasingan)

======================================================================
UPDATE: 2hb Mei 2016
===================
BERITA BAIK!!!
=============
Kini ibu bapa boleh BELI SET MAGIC BOX MANUAL (MBM) untuk dihadiahkan kepada anak-anak!!!
=================================================


Saya dapati banyak ibu bapa yang suka dengan teknik belajar menggunakan Magic Box Manual. Ramai yang dah baca blog saya tentang Magic Box Manual ni. Tapi mereka TAK SEMPAT nak beli box, tak sempat nak cari buku sesuai dan berkuali, tak tahu bagaimana sebenarnya dan tak sempat nak bimbing anak di rumah untuk 'membuat' MBM ni di rumah.

Akibatnya, ibu bapa tak buat Magic Box untuk anak walaupun bagus. Akhirnya anak yang rugi kerana tidak mendapat peluang untuk berubah melalui penggunaan Magic Box. Oh ya, betul ke Magic Box ni hebat sangat? Betul ke anak akan berubah jadi lebih Minat, Rajin, Seronok & Bijak (MRSB) Belajar lepas gunakan Magic Box ni? Kalau ibu bapa tanya ya, sudah tentu saya akan jawab YA. Tapi apa kata ibu bapa cuba sendiri. Tak rugi apa pun, duit yang dikeluarkan dapat buku untuk anak pun.

Setakat ini, hanya pelajar-pelajar yang pernah hadir Bengkel Bijak Belajar 1 saya sahaja yang amalkan Magic Box. Itupun ada yang tidak konsisten kerana sebaik sahaja mereka balik ke rumah, mereka LUPA tentang KEAJAIBAN Magic Box. Tiada sesiapa nak mengingatkan mereka.

Jadi saya mendapat idea untuk membantu ibu bapa tersebut. Dengan cara ini, mereka yang tak pernah hadir Bengkel Bijak Belajar (BBB1 dan BBB2) juga boleh mendapat peluang untuk tahu apa itu Magic Box, tahu cara yang betul untuk menggunakannya dan berpeluang BERUBAH menjadi Pelajar Cemerlang selepas menggunakannya. Oleh kerana ibu bapa yang membelikannya melalui saya, dan ada PANDUAN daripada saya tentang cara-cara nak menggunakannya, in shaa Allah tiada lagi kes LUPA tentang KEAJAIBAN Magic Box ini.

Set Magic Box Manual bermaksud PANDUAN KHAS tentang CARA MEMBUAT DAN MENGGUNAKAN MAGIC BOX, RAHSIA MINAT BELAJAR DI RUMAH.

PANDUAN KHAS bermaksud saya sediakan buku--buku dan kotak plastik, saya beri panduan bergambar tentang bagaimana nak menukar kotak plastik menjadi Magic Box Manual dan yang paling berbaloi, saya beri panduan terperinci bagaimana nak MENGGUNAKAN Magic Box Manual setiap hari.

Berapa harganya?

Pakej MBM Tahap 1 (Tahun 123, ada 4 buah buku) = RM60
Pakej MBM Tahap 2 (Tahun 456, ada 4 buah buku) = RM70
----------------------------------------------------------------------------
Adalah pengenalan kepada konsep Magic Box. Buku di dalamnya adalah buku yang tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.

Ada 4 buah buku BM BI MATH SC sahaja, terbitan pelbagai penerbit. Harga sudah termasuk Poslaju.

Diharap agar ibu bapa tidak melihat pada nilai bahan sahaja kerana itu belum termasuk "nilai" PANDUAN BAGAIMANA MEMBUAT DAN MENGGUNAKAN MAGIC BOX DI RUMAH yang saya akan berikan untuk ibu bapa untuk memulakan Projek MBM bersama anak di rumah.

Jika anda berminat untuk membeli MBM, sila WhatsApp "Nak MBM" kepada saya di 011-2882 0890

♥ WhatsApp "Nak MBM" kepada saya di 011-2882 0890
♥ WhatsApp "Nak MBM" kepada saya di 011-2882 0890
♥ WhatsApp "Nak MBM" kepada saya di 011-2882 0890

Tuesday 15 March 2016

Teknik MAGIC STEPS untuk mengubah Sikap Malas Belajar anak menjadi Rajin


Di mana ANAK kita dalam Menuju KEJAYAAN dalam pelajaran?

Pertama, anak perlu jelas DEFINISI kejayaan. Ada 3 jenis KEJAYAAN seorang pelajar :
1) Kejayaan Terakhir = Masuk Universiti & dapat Ijazah dll
2) Kejayaan Tahap = Cemerlang dalam Peperiksaan Terdekat (cth: 5A UPSR)
3) Kejayaan Semasa = Buat KERJA HAKIKI seorang pelajar iaitu BELAJAR!

Contohnya, nombor 3, jika anak kita kata "Saya TAK NAK belajar", habislah cerita. Tak perlu diimpikan lagi Kejayaan 1 & 2. Kerana sebagaimana tugas hakiki Nelayan untuk menangkap ikan dan Mekanik untuk membaiki kereta, tugas Pelajar adalah untuk belajar!

Jadi, pastikan di anak tangga manakah anak kita berada, DALAM SETIAP AKTIVITI pembelajaran, PADA SETIAP HARI!!!

Ajak anak berfikir, KEJAYAAN adalah HASIL, bukan NASIB. Apa yang dia buat, itu yang dia akan dapat. Jika tidak buat apa2, hasil pun tentulah tidak ada apa2.

Selamat memotivasikan anak2 untuk belajar!

==================================

PRAKTIKAL Penggunaan Gambar ini :

Buat rakan2 yang bergelar IBU BAPA cemerlang, jom kongsi gambar ni dengan anak2.

Cetak, cipta satu aktiviti untuk capai/buat hari ni, tanya anak kita dia nak jadi yang mana, tulis nama dia kat anak tangga mana yang dia pilih, dan lekatkan kat dinding bilik dia. Then terus galakkan dia mulakan kerja untuk siapkan aktiviti tu.

Dia SIAP saje aktiviti tu, puji dia bagus/hebat sebab BERJAYA siapkan.

Aktiviti seterusnya pun buat lagi macam ni. Lepas 10 aktiviti disiapkan, berilah GANJARAN material kat dia, tapi jangan diberitahu akan diberi ganjaran. 9 ganjaran terdahulu berilah ganjaran emosi/fizikal macam pujian/pelukan dan sebagainya lagi.

In shaa Allah anak2 akan suka untuk BELAJAR.

HT Amir
13.12.2014

Teknik The SECRET ialah Rahsia SEBENAR Untuk Pandai Bahasa Inggeris


Sebelum ini pernah dibincangkan Soalan tentang "Apakah MAKNA Pandai BI?". Untuk baca jawapan pelajar dewasa saya dan pendapat saya tentang soalan itu, boleh rujuk → SINI.

Hari ini saya ingin berkongsi The Secret to Master English Language, FAST & EASY, sepertimana yang saya ringkaskan dalam diagram di atas.

Apabila saya kongsikan THE SECRET tersebut, majority of my students akan kata mereka TAHU semua tu. Tiada apa yang SECRETnya kata mereka.

Ya, mungkin mereka tahu semua itu, tetapi adakah mereka tahu the REAL SECRET? The real secret bukanlah LSRW kerana itu semua orang tahu. The Real Secret atau Rahsia SEBENAR untuk Pandai BI terdapat pada ayat terakhir dalam diagram tersebut.

Bila saya bagitau begitu, barulah mereka sedar. Sebenarnya mudah atau susah BI itu, rahsianya bukan terletak pada bahasa itu semata-mata, tetapi lebih terletak pada diri seseorang itu sendiri.

The Key = Have FUN and be CONSISTENT, lantas akan menjadi HABITS/TABIAT.

Yang membuatkan kita terasa BI susah, atau mengapa kita tak pandai BI walaupun telah belajar berbelas atau berpuluh tahun sejak sekolah tadika ialah kerana kita tidak mengamalkannya. Kita tidak jadikan membaca dalam BI sebagai hobi. Kita tidak bercakap BI sebagai tabiat yang natural. Kita tidak amalkan mendengar orang Puteh bercakap BI. Bila menonton movie pun kita tak cuba TANGKAP apa yang Mat Saleh tu cakap. Bila menulis, kita malu nak update FB atau dalam Whatsapp guna BI.

Paling TERUK, kita segan dengan diri sendiri untuk cuba berbahasa Inggeris dengan anak2 di rumah. Itu di rumah. Kalau dalam lif atau di restoran, kita langsung tiada hidung nak bercakap dalam BI dengan isteri atau suami atau anak2. Kita TAKUT orang lain kata kita nak berlagak atau perasan macam omputeh.

Pendeknya, RAHSIA Pandai BI terletak dalam tangan kita.

Jadi, carilah 100 cara untuk praktis BI dan praktikkan satu persatu. Kuasai setiap cara sebelum melangkah ke cara seterusnya.

For the record, saya selalu minta Group Pelajar Whatsapp saya untuk senaraikan 100 Cara Praktik BI tersebut. Selalunya mereka ambil masa yang agak panjang untuk lakukannya.

Anda bagaimana? Boleh tak anda senaraikan 100 Cara Praktik BI?


Cuba komen di bawah kalau anda boleh.




Semoga Bermanfaat,

HT Amir
3.11.2014

Nak Pandai Tulis Esei BI, gunalah Teknik Salin Karangan BerVISI



"Boleh Pandai Menulis Esei BI dengan hanya menyalin karangan?".........TAK CUKUP! Tak cukup sekadar nak menyalin esei orang lain.....PERCAYALAH!

Teknik Salin Karangan BerVisi Memantapkan Penulisan Pelajar


Teknik ini AMAT BERKESAN!

Saya yang menciptanya.

Tapi Allah yang memberi ilham kpd saya

Jadi saya amat berbesar hati sekiranya sesiapa pun nak gunakan teknik ni di sekolah atau pusat tuisyen atau home tuition

Gunalah

Asalkan anak2 kita lebih bijak menulis sama ada BM atau BI!

p/s: Kalau anda dah dengar tentang Teknik ni, gunakanlah. Cubalah dgn anak2.Jangan biarkan sahaja. Sharelah dengan rakan2. Sebarkan kebaikan. In shaa Allah ada pahala yang menanti....


Berbalik kepada persoalan/tajuk blog post yang ni .......Tak cukup sekadar nak menyalin esei orang lain kalau nak pandai Penulisan BI

Pertama sekali, itu MYTH terbesar selama ini. Kita ingat kita suruh anak salin contoh essay je, dia akan jadi Pandai?

Eikkkkkkkk! It's not like that at all!


Kalau setakat 'menyalin contoh essays' dah boleh jadi Pandai dalam Penulisan BI, pastinya dah RAMAI pelajar yang pandai!

Tapi HAKIKATNYA masih ramai yang nak dapat 50% dalam essay mereka pun susah! Kenapa?

Hah, di sini saya akan kongsikan RAHSIANYA. Saya akan kongsikan Teknik Menyalin Essays yang BERKESAN.

Bukan setakat menyalin sahaja, tetapi ada STEPS/LANGKAH2 lain yang perlu dibuat.

STEP 1 : Sediakan writing pad atau test pad atau buku karangan yang besar tu. Kalau takde jugak, buku apa pun boleh. Asalkan besar. Buku tulis sekolah yang biasa tu TAKKAN JADI sebab itu menunjukkan cita2 kecik. Biar buku besar, jadi cita2 pun besar. Di sini lah BEZAnya Teknik saya dengan Teknik menyalin karangan yang biasa tu. Bagi saya, GIMIK tu penting. Biar buku nak salin tu BESAR, selari dengan hati kita yang BESAR nak tengok anak jadi pandai BI dan kesannya akan membuatkan semangat anak kita BESAR untuk berjaya. Bagi saya juga, saya cari DIARI LAMA2 kat kedai alatulis yang mereka dah tak boleh jual. Dah tak laku. So saya beli murah2 daripada tokey kedai. Dapatlah dalam RM4/5 untuk diari lama yang tebal lebih 300 m/s saiz F4. Saya namakan buku saya itu Big Blue Book (BBB) sebab kebetulan cover-nya berwarna biru.

STEP 2 : Beli buku Contoh Karangan/Essays untuk Tahun 4 5 6. Katalah takde duit nak beli buku ni, jangan delay niat nak gunakan teknik saya nak ajarkan ni. Guna buku apa pun boleh, buku aktiviti pun boleh, yang jenis ada Cadangan Jawapan bagi setiap soalan/aktiviti yang diberikan. Cari buku yang ada soalan Section C (kalau UPSR) dan tengok contoh jawapan. Mulakan dari situ.

STEP 3 : Minta anak salin sahaja word by word dari contoh karangan tu. OK, now di sini satu lagi perbezaan teknik saya dengan teknik orang lain. Di sini saya minta anak murid saya untuk salin AYAT DEMI AYAT, bukan words demi words. Maksudnya baca satu ayat, cuba masukkan dalam Memori Jangka Pendek dan salin ke dalam BBB tanpa melihat lagi pada ayat dalam karangan. Ulang sebut kuat2 setiap ayat sehingga siap salin. Pendeknya kemahiran belajar cara Visual, Auditori dan Kinestetik (VAKs) telah dilakukan serentak dalam teknik ini. Anak sepatutnya mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk salin karangan pendek seperti dalam contoh di atas. Jika lebih lama daripada itu bermakna anak kita mengelat!

STEP 4 : Now it gets more interesting. Pastikan anda dah belikan highlighter untuk anak. Pilihlah salah satu warna untuk highlight-kan VERBS yang ada dalam contoh essay yang baru sahaja disalin tadi. Kalau saya, saya suka warna OREN sebab warnanya terang dan jelas. Pada tahap ini, anak tidak boleh bertanya kepada anda yang mana satu verbs atau nak dapatkan kepastian sama ada sesuatu word itu verb ataupun tidak. Anda kena keras hati. Minta dia buat sendiri.

STEP 5 : Jangan tanda dulu jawapan anak. Now minta dia tuliskan semula apa yang dia tahu, dalam bentuk NOTA, tentang Apakah itu Verbs dan apakah JENIS2 Verbs. Barulah betul2 menguji pemahaman anak tentang asas grammar yang digunakan dalam karangan yang dia baru sahaja salin membuta tuli sebentar tadi. Now akan mula buat dia berfikir./ Sebagai contoh, gambar di atas, anak saya membuat notanya di bawah essay yang disalin. Not bad sebab hampir separuh jawapan yang saya nak, ada dalam notanya.

STEP 6 : Now baru tanda essay yang telah disalin. Kuncinya anda sendiri MESTI tahu yang manakah verbs dan yang mana bukan. Jika anda tak pasti, mudah sahaja, guna Cambridge Online Dictionary. Ini dictionary favourite saya. Memang terbaik! Nak perbezaan ejaan dan bunyi UK dan US English ada, nak contoh ayat ada, dan nak penerangan lanjut  tentang sesuatu perkataan pun ada! Jika anak anda telah warnakan verb yang betul, tanda BETUL dan jika tertinggal, anda bulatkan sahaja verb tersebut dengan menggunakan pen merah.

STEP 7 : Terangkan kepada anak KENAPA dia salah dan kenapa dia tertinggal beberapa verbs. Caranya adalah dengan mengajarnya tentang jenis2 verbs yang betul. Again, anda kena tahu apakah itu verbs dan jenis2 verbs. Selepas diajar, anak akan menjadi lebih confident, jadi baru boleh minta anak ulang STEP 1 hingga STEP 4 bagi essay yang baru. Contohnya seperti di bawah ini.


Dalam Essay #2 ini anak saya telah pelajari daripada kesilapan dalam Essay #1 tetapi masih ada yang tertinggal dan tersilap. Tidak mengapa. Jangan marah dia. Sebab dia BELUM TAHU. Sebab dia masih belum jelas apa itu verbs. Explain lagi. Bantu dia lagi. Akan ada keadaan di mana ada JENIS VERBS yang BARU, yang dalam Essay #2 ni baru muncul, seperti Root Verb selepas Infinitive 'To'. Maka ambil kesempatan ini untuk ajar dia ilmu baru. Ilmu bukan semuanya dapat diturunkan sekaligus atau pada satu masa sahaja. Jika begitu, pembelajaran tidak berlaku secara semulajadi. Hanya apabila proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara semulajadi, maka kesan pembelajaran akan dapat dimaksimumkan.

Kesilapan membezakan VERBS dengan ADJECTIVES itu perkara yang normal juga. Hanya kerana anak kita tidak jelas dengan Parts of Speech. Jadi keran ingatkan dia lagi dan lagi dan lagi.

Seterusnya, kita dah boleh sambung dengan Essay #3. Anda akan dapati bahawa ilmu anak semakin meningkat dalam usaha mengenalpasti verbs. Di samping itu, dia juga nampak semakin confident dengan dirinya kerana jauh di sudut hatinya dia mula berasa PANDAI. Dia mula merasakan betapa mudahnya BI ni.

Nah, itu baru sahaja 3 kali salinan. Bayangkan jika 100x, atau 300x atau 10,000x!

Agak2 anak kita akan PANDAI atau masih tidak pandai seperti teknik salin SAHAJA, macam yang kita minta mereka buat sebelum2 ini?

Anda tahu jawapannya.

Jadi, jom buat!

Please comment jika anda suka/tidak suka dan setuju/tidak setuju dengan apa yang saya tuliskan di sini.

Assalam.


Note 1:
Nantikan TIPS seterusnya selepas ini iaitu bagaimana untuk menggunakan VERBS yang telah di-highlight-kan dalam AYAT SENDIRI pula. Maksudnya bagaimana banyak2 VERBS yang dikenalpasti dalam setiap essays yang disalin boleh diSERAPkan ke dalam otak anak kita dan boleh digunakan olehnya semasa menulis essay dia sendiri sewaktu latihan kendiri dan semasa exam?

Nantikan jawapannya ya...........


HT Amir
7.5.2015

UPDATES 

30.4.2016
======================
LUAHAN HATI IBU PRIHATIN
=======================

"Cikgu, Teknik Salin Karangan BerVISI yang cikgu share tu memang BAGUS. Bagus sangat. Saya suka tengok kejayaan students cikgu yang gunakan teknik tu.

Tapi saya SEDIH cikgu.....anak saya TAK NAK SALIN karangan. Puas saya paksa cikgu. Apa saya nak buat cikgu? Saya dah puas menangis ni. BI dia lemah tapi dia malas.

Bantu saya cikgu...."

1. Ada tak antara ibu bapa di sini yang TAHU tentang teknik yang ibu ni sebut? Kalau tak tahu, please baca di sini → http://teknikbelajarterbaik.blogspot.my/2016/03/nak-pandai-tulis-esei-bi-gunalah-teknik.html

2. Ada tak antara ibu bapa di sini yang pernah alami situasi yang serupa dan ada perasaan yang sama tentang anak mereka?
Jika ada, ini pendapat saya:

1. Bersedih tu bagus sebab itu bermakna kita ada perasaan dan kita manusia normal. Tapi jangan bersedih lama-lama. Menangis tak membantu! Lebih baik fokus tenaga yang keluar dari diri kita bila bersedih dan menangis lepada USAHA untuk bantu anak. Sedih sekejap and then BERTINDAK!

2. Jangan sekali-kali kata anak kita MALAS. Dia mungkin malas menyalin, tapi tak bermakna dia seorang yang malas. Cuba bagi dia buat benda yang dia SUKA, pasti dia rajin kan? Macam main game. Persoalannya, kenapa dia rajin? Sebab dia suka. Kenapa dia suka? Sebab dia nampak FAEDAH yang dia dapat bila buat aktiviti tu. So kita kena cari JALAN supaya anak nampak FAEDAH bila buat aktiviti belajar macam salin karangan BI ni.
3. Tapi.....katalah anak liat sangat. Tak nak langsung menyalin. Well, JANGAN PAKSA. Kita fotostat je contoh karangan tu dan TUNJUK kat dia steps seterusnya. Jangan SURUH tapi tunjuk kat dia, duduk sebelah dia, buat sama-sama. Kita pun boleh belajar banyak perkara dengan buat begitu.

Saya harap ibu di atas dan ibu bapa lain dapat BERUBAH sebelum berharap yang anak mereka akan berubah.


GOOD LUCK!


HT Amir
30.4.16

UPDATE : 7.7.2016.
==============

Baca SAMBUNGAN posting ini (Part 2) di sini → http://rahsiapandaibi.blogspot.my/2016/07/nak-pandai-tulis-esei-bi-gunalah-teknik.html

Note 2 : Boleh beli Ebook Misi 6A UPSR 2017 jika ada anak UPSR 2017


=========================================
ANAK AMBIL UPSR 2017 & PERLU BANTUAN?
=========================================
❓Anak anda akan ambil exam UPSR tahun depan?
❓Anda dah TAHU APA NAK BUAT?
❓Untuk bantu anak BERSEDIA?
❓Untuk hadapi exam TERBESAR dalam hidupnya?
.
..........Jika anda TIDAK TAHU,
...........Jika anda INGIN TAHU,
...........Jika anda INGIN BERMULA AWAL,

❤ Mungkin ebook saya ini boleh membantu:

❗ Dapatkan EBOOK Panduan Bantu Anak Bersedia Untuk Menghadapi UPSR 2017
❗ Hanya 364 Hari lagi nak UPSR
❗ Bayangkan 334 hari berlalu TANPA BUAT APA2
❗ Tinggallah 30 Hari sahaja lagi
❗ Kemudian tak buat apa lagi, selama 3 minggu!
.
Apa nak jadi dengan anak anda dalam dewan nanti?
========================================
❌ Jangan tunggu 7 hari sebelum UPSR baru nak bantu anak.
✔ 364 Hari sebelum UPSR masih banyak masa.
✔ Lebih banyak daripada 7 hari!!!!

BAGAIMANA UNTUK MEMBELI?
========================
Jika anda berminat untuk BELI, boleh isikan borang Pesanan di Google Form di bawah ini → http://goo.gl/iQUHqX
.
JUDUL EBOOK
=============
Panduan Lengkap Ibu Bantu Anak Bersedia Di Rumah, 365 Hari Sebelum UPSR 2017.
*Bonus 1 : Pendekatan Teknik Belajar Abad 21
.
SINOPSIS EBOOK
===============
Sebuah Rancangan Harian yang Praktikal dan menyeluruh.
Sebuah panduan langkah demi langkah, hari demi hari tentang apakah yang perlu dilakukan oleh ibu atau bapa yang ingin memBANTU anak belajar dan bersedia untuk UPSR di RUMAH.
IBu bapa yang biasa-biasa akan PANIK bila mendengar “UPSR hanya tinggal 7 hari sahaja lagi” tapi ibu bapa LUAR BIASA akan tersenyum kerana mereka sudah bersedia awal.
.
Bagi yang tak pernah bersedia atau masih BELUM bersedia, anda nak buat APA?
.
Jika persoalan itu bermain di fikiran anda, inilah buku panduan yang anda PERLUKAN!
.
TESTIMONI
==========
Berkesan ke ebook ni? Ya. Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 2015. Kemudian diterbitkan sekali lagi pada tahun 2016. Hampir 100 pembeli 2015 dan lebih 100 pembeli Tahun 2016 yang menggunakannya amat berpuashati dan memberi testimoni yang ebook ini telah banyak membantu mereka. Baca Testimoni di blog ini → http://goo.gl/iQUHqX
.
HARGA:
=======
RM100.00
Ebook akan diemelkan sehari selepas pembayaran.
Kemaskini ebook akan dihantar SETIAP MINGGU
.
PERHATIAN:
===========
'Ebook' bermakna dalam bentuk pdf ataupun softcopy. Bukan dalam bentuk fizikal. Harap maklum. TIADA BUKU FIZIKAL. Hanya untuk dibaca di computer/tablet/hp. Sekiranya ingin dijadikan bentuk fizikal, boleh dicetak untuk kegunaan sendiri.

NAK TENGOK ISI DALAM?
======================
Apa kata anda cuba baca dan lihat 7 Hari Pertama Panduan dalam ebook 365.
Klik sini → http://goo.gl/q5yBuK
.
BAGAIMANA UNTUK MEMBELI?
========================
Jika anda berminat untuk BELI, Sila bank in RM100 ke akaun Maybank Amir Hamdzan Hamzah bernombor 5142 0861 5344 dan WhatsApp ke 011-2882 0890 atau emailkan ke hometutoramir@gmail.com. Kemudian, sila isikan borang Pesanan di Google Form di bawah ini → http://goo.gl/iQUHqX

Anak Lemah Vocab BI? → Gunalah Teknik SUDUT PANDANG


Apakah itu Teknik Sudut Pandang?

Teknik = Cara Belajar dengan Memfokuskan pada
Sudut = Bahagian Tertentu
Pandang = Arah Mata Kita Melihat

Maksudnya, kita FOKUS pada sudut tertentu yang mata kita sedang lihat.

Kuncinya ialah menggunakan kepintaran Visual dan Kinestetik.

Visual maknanya menggunakan deria penglihatan.

Kinestetik maknanya menggunakan deria sentuhan dan pergerakan fizikal badan.

Apa yang kita nampak, kita TAHU

TAHU bermaksud sedar yang benda itu wujud. Tetapi itu baru tahap pertama kepandaian seseorang dalam sesuatu bidang.

Dalam bidang Vocab BI ini, apabila anak memandang ke sudut bilik tidur contohnya, anak sudah TAHU bahawa ada items tertentu dalam bilik itu. Anak akan mula sedar tentang makna items tersebut dalam BI.

Tetapi PENGETAHUAN tersebut hanyalah dalam bentuk memori jangka pendek. Hari ini tahu. Esok tidak tahu. Hari ini jika ditanya dia akan ingat. Esok ditanya, dia akan lupa. Itulah HALANGAN terbesar anak-anak kita untuk pandai Vocab BI.

Jadi apakah penyelesaiannya?

Teknik Sudut Pandanglah penyelesaiannya.

HT Amir
18.7.2015

Rahsia Pandai Menulis Karangan Menggunakan Teknik BLANCO




Anak anda LEMAH Penulisan BM atau BI?
===============================
Cuba Teknik Blanco ini. 

1. Cari contoh karangan
2. Minta anak baca karangan asal tu sekali.
3. Fokus pada BAHAGIAN mana yang nak dipelajari hari ini. Minta anak ulang baca bahagian itu sebanyak 7 kali. Contohnya nak buat bahagian PENDAHULUAN sahaja macam dalam gambar.
4. Fotostat 5 salinan untuk di'blanco' atas perkataan2 yang berbeza
5. Gunakan 'Blanco' atau Liquid Paper untuk KOSONGKAN beberapa perkataan penting pada Salinan 1, biasanya permulaan ayat atau kata kerja atau frasa menarik.
6. Fotostat Salinan 1 sebanyak 7 keping. Minta anak isikan tempat kosong tersebut (seperti dalam gambar) sebanyak 7 kali. 
7. Ulang langkah 3 hingga 6 sehingga anak PANDAI/MAHIR/CEKAP. 

Good Luck!

p/s: Latih tubi perkataan dahulu. Ini TAHAP 1. TAHAP 2 ayat pula. TAHAP 3 keseluruhan perenggan. TAHAP 1 buat banyak2, menggunakan karangan yang berbeza. Tujuan kita nak bagi anak kita PEKA perkataan2 apa yang digunakan sewaktu menulis pendahuluan.

p/ss: kalau ada karangan dalam bentuk softcopy lagi MUDAH. Guna Micr Word untuk lukis kotak tempat kosong, then print. Boleh print banyak kali.

p/sss: Tak perlu KOSONGkan BANYAK perkataan
Jenuh anak kita nak meneka
Elok2 dia boleh minat terus dia fed-up
Kosongkan beberapa perkataan PENTING sahaja
Biar dia buat 7 kali benda yang saya tu

Kemudian cari karangan lain yang SAMA style ayat yang digunakan
Ulang semula

Ulang proses ni untuk 5 karangan

Then baru cuba mintak anak buat keseluruhan perenggan dengan menggunakan AYAT SENDIRI. Bukan ayat HAFAL.

CONTOH : 

Karangan 1
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah Menonton
Televisyen”.
Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang begitu meluas
penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita kini. Hampir setiap rumah pasti
memiliki satu atau mungkin dua televisyen. Jadi, keadaan ini membuktikan bahawa
ada banyak faedah menonton televisyen kepada masyarakat.

Karangan 16
Di kawasan tempat tinggal anda satu pasar tani telah
dianjurkan. Gambarkan suasana di pasar tani tersebut.

Kampung saya, Kampung Merdeka merupakan lokasi pasar tani sejak beberapa
tahun yang lalu. Pemilihan kampung saya mungkin ada kaitan dengan
kedudukannya yang strategik kerana berdekatan dengan kampung-kampung lain
dan juga bandar Melaka.

Karangan 22
Majalah berbentuk komik ada kebaikan dan keburukannya
untuk pelajar. Bincangkan.
Komik merupakan bahan bacaan yang digemari oleh remaja kini. Amalan
membaca komik sudah menjadi sesuatu yang lumrah sehingga amalan ini
membawa pelbagai impak kepada pelajar.

Karangan 34
„Telefon merapatkan hubungan‟. Tulis sebuah karangan berdasarkan
tajuk yang diberikan.
Telefon merupakan hasil cipata seorang lelaki yang dikenali sebagai Alexander
Graham Bell. Ciptaan beliau itu kini telah menjadi salah satu alat telekomunikasi
yang popular terutama kepada generasi muda. Kini akibat perubahan teknologi
yang canggih pelbagai jenis telefon telah muncul seperti telefon talian tetap,
mudah alih dan telefon awam.

******
Cuba tengok PERSAMAAN menggunakan perkataan MERUPAKAN dalam ayat pertama pendahuluan.

Itu yang anak perlu TAHU dan PERASAN

*** Nak LEBIH NAMPAK keberkesanan teknik ini, cuba minta anak TULIS dahulu karangannya tentang tajuk itu SEBELUM dia guna Teknik ini dan SELEPAS dia guna teknik ini. BEFORE & AFTER.

HT Amir
22.6.2015

Monday 14 March 2016

Teknik PMS+C → Teknik belajar Terbaik dan Terkini ciptaan HT Amir



P = Peta
M = Minda
KBAT = Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Soalan : KBAT tu apa?
Jawapan : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
=======================================================
Betul ke Salah? → BETUL, tapi tak tepat sebab tak lengkap.

Itu hanya memberitahu makna akronim KBAT tetapi tidak menjelaskan apakah itu KBAT.

Bagi saya, nak jawab soalan apakah itu KBAT (HOTS) ada dua steps:

1) Kena tahu apakah itu kemahiran Berfikir Aras Rendah (Low Order Thinking Skills = LOTS) terlebih dahulu iaitu:
-----------------------------------------------------------------
1a) Boleh MENGINGAT maklumat atau fakta
1b) Boleh MENYELESAIKAN TUGASAN dengan MENGAPLIKASI KONSEP atau PENGETAHUAN, dalam KONTEKS dan SITUASI yang dah menjadi KEBIASAAN baginya
1c) Penyelesaian mengikut ALGORITMA tertentu yang telah dipelajari oleh seseorang itu

* 3 elemen ni sahaja, sebelum zaman KBAT dah boleh menjadikan seseorang pelajar itu PANDAI. Tetapi dalam era KBAT, lebih banyak perlu dilakukan.
* Algoritma = satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yg diikuti utk menyelesaikan masalah
♥ Contoh Soalan LOTS dalam Sains: Pengiraan secara terus sesuatu soalan pengiraan, menggunakan formula yang biasa digunakan.

2) Kemudian barulah kita boleh terangkan apakah itu KBAT iaitu:
-------------------------------------------------------------------------------------------
2a) Kebolehan Mengingat atau Menghafal maklumat sahaja tidak mencukupi
2b) Boleh MENGAPLIKASI konsep dalam situasi BERBEZA, MENGANALISIS maklumat seperti mengenalpasti corak dan mengelas, MENILAI keputusan serta tindakan, dan MEREKACIPTA sesuatu idea baru. Semua ini dilakukan dengan kebolehan memberikan JUSTIFIKASI atau PENERANGAN
2c) Terdapat LEBIH DARIPADA SATU penyelesaian dan Pelajar perlu MENYELESAIKAN TUGASAN di mana tiada ALGORITMA telah diajar.

♥ Contoh Soalan HOTS dalam Sains: Perihalkan, Berikan Inferens, Ramalkan.

Saya harap dengan penerangan ni, ibu bapa lebih jelas apakah itu KBAT.

HT Amir
12.3.16

=====================================================================

Next question, bagaimanakah PM boleh menjadi Pemangkin kepada KBAT?

Di sinilah pentingnya untuk tahu KBAT tu apa dan PM itu apa

1) PM telah digunakan selama beribu-ribu tahun oleh para cendekiawan sepanjang zaman

2) Tapi dalam abad ke 20 seorang intelek iaitu Tony Buzan telah mencipta PMS iaitu Peta Minda Sebenar. (True Mind Map). Dengan PMS, potensi otak telah menjadi lebih hebat kerana PMS meningkatkan:
  • Kuasa Berfikir
  • Memori
  • Kreativiti
melalui KAITANIMEJ, WARNA & ULANGAN


3) Tahun lepas HT Amir pula mencipta PMS+C iaitu memasukkan elemen CERITA ke dalam PMS supaya PMS menjadi lebih hebat, lebih mudah diingat, lebih menarik dan yang paling penting boleh diingati sampai bila-bila!





Teknik PMS+C ini diajar secara ekslusif semasa Bengkel PM IDA (Ibu & Anak) yang amat popular.

Anda dijemput untuk baca blog yang berikut untuk mengetahui tarikh seterusnya Bengkel PM IDA. → 
http://daftarbengkelbijakbelajar.blogspot.my/


HT Amir
15.3.2016

FORMULA Jadi Pandai ciptaan HT Amir


(A) Bila saya umumkan saya ingin berkongsi RAHSIA untuk jadi PANDAI, kenapa ramai yang berMINAT?

Pertama sekali, kerana perkataan RAHSIA dan PANDAI tersebut.

Ibu bapa semua memang sentiasa DAHAGAKAN info/maklumat/teknik untuk jadikan anak mereka PANDAI. Siapa tak mahu anak jadi pandai kan?

Yang kedua, because of the word RAHSIA. Word ini lah yang mencetus responses yang sebegitu banyak. Jadi sebelum saya reveal RAHSIA JADI PANDAI, jom kita lihat dulu makna perkataan RAHSIA tersebut.


(B) Apakah itu RAHSIA?

Rahsia bermaksud sesuatu yg hanya diketahui oleh beberapa orang yg tertentu saja (tidak diketahui oleh orang ramai).

Jadi apabila saya mengatakan apa yang saya ingin beritahu ini sebagai rahsia, maka bukan bermakna saya seorang sahaja yang tahu tetapi ada orang lain yang tahu. Cuma majoriti masih belum tahu.


(C) Kenapa nak dirahsiakan?

Bukan sengaja hendak dirahsiakan. Malahan sebenarnya ini boleh dikategorikan sebagai Rahsia Yang Bukan Rahsia. Dalam BI disebut Open Secret ( is a concept or idea that is "officially" secret or restricted in knowledge but is actually widely known; or it refers to something that is widely known to be true but which none of the people most intimately concerned is willing to categorically acknowledge in public. ~ Wikipidea)

(D) Apakah CONTOH Formula Hebat Sepanjang Zaman?


Formula terhebat dan diketahui ramai ialah formula oleh Einstein seperti berikut:





Walaupun kebanyakan daripada kita TIDAK TAHU formula ini menerangkan apa sebenarnya, tapi kita tetap tahu itu adalah hasil daripada pemikiran hebat Einstein dan menjadi titik tolak kepada penemuan tenaga nuklear.

Itu FORMULA ASAS atau Akronim formulanya sahaja, ramai pasti tak faham. Jadi untuk membuatkan lebih ramai orang faham, kita boleh tulis formula itu seperti berikut :


Sekurang-kurangnya sekarang kita tahu yang formula ini melibatkan Tenaga, Jisim dan Kelajuan Cahaya. Kita mungkin tak tahu APPLIKASI atau CARA PENGGUNAAN formula ini lagi, tetapi kita ada pemahaman yang lebih sedikit tentang formula ini. Lagipun, formula itu TIADA KENA MENGENA dengan kita, jadi kenapa kita nak faham atau gunakan kan?

(E) Memperkenalkan Formula "Rahsia Jadi Pandai"

Pertama sekali saya ingin memperkenalkan SINGKATAN kepada Rahsia Jadi Pandai ini, diringkaskan dalam bentuk Formula Asas dahulu, macam Formula Einstein.


Hah! Itulah Rahsia Jadi Pandai saya. Yang diringkaskan dalam bentuk FORMULA.

Anda mungkin tertanya-tanya apakah TFI? Mungkin ada yang dah tahu.

Apakah pula B → A? Ada beberapa orang peserta Bengkel Bijak Belajar saya yang dah tahu.

Adakah anda nak tahu?

Saya boleh beritahu, jika anda CUBA hadir ke Bengkel Bijak Belajar saya. Yang terbaru di UIA pada 17hb Mei 2015 ini. Boleh baca tentang BBB tersebut dan daftar online di sini →  http://bengkelbijakbelajar.blogspot.com/p/daftar-bengkel-terkini-sekarang-sebelum.html


(F) Kenapa tak beritahu TERUS sahaja di sini?



Maaf, nak beritahu tentang rahsia ini ada masanya. Ada situasinya. Ada tekniknya.

Jika saya beritahu begitu sahaja, anda tidak akan beritahu anak anda. Jika saya beritahu sekarang anda tidak akan teruja untuk pastikan anak anda tahu.

Yang pasti rahsia ini bukan rahsia tapi Orang Barat dah tahu rahsia ini lama dah. Orang kita pun ada yang dah tahu. Tapi majoriti masih belum tahu.

Yang pasti anak-anak bila saya cerita tentang rahsia ini, mereka juga teruja. Sebenarnya anak-anak kita NAK JADI PANDAI. Sebenarnya mereka nak cemerlang. Cuma tiada orang yang tunjukkan kepada mereka BAGAIMANA. Tiada orang yang beritahu mereka sebenarnya AMAT MUDAH untuk jadi PANDAI, hanya dengan sebaris Formula seperti di atas. Ikut formula tu, PANDAILAH anak kita. Ibarat dia menjawab soalan peperiksaan tentang PURATA, dengan menulis Formula Purata = Jumlah Bahagi Bilangan, pengiraan atau penggantian nilai atau anu jadi mudah kerana ada formula. Jika tiada formula, anak akan hilang arah atau mati akal.

Jadi saya harap anda tidak rasa TERTIPU dengan pendedahan Formula Asas sahaja ini. Saya ulangi, saya perlu bercerita tentang formula RAHSIA JADI PANDAI ini dalam situasi yang khas, yang istimewa. Jika anda tinggal jauh dari KL dan tidak dapat hadir ke BBB saya di UIA, aturkanlah supaya saya dapat ke tempat anda. Baca sini jika berminat → http://bengkelbijakbelajar.blogspot.com/p/ingin-menjemput-kami.html

Itu sahaja pendedahan saya tentang RAHSIA JADI PANDAI.

Terima kasih kerana membaca.

Semoga dibukakan hati anda untuk menghantar anak ke Bengkel Bijak Belajar saya agar dia dapat belajar formula penuh RAHSIA JADI PANDAI tersebut.



Assalam.




Signed,
HT Amir
22.4.15
4.30pm