Monday 14 March 2016

Selamat Datang kepada semua yang dahagakan ilmu Teknik Belajar Terbaik


Selamat datang ke Blog terbaru saya, HT Amir.

Saya mula berblog sejak lebih 10 tahun lepas, bermula dengan hal-hal peribadi dan self-improvement.

Tetapi sejak 4 tahun lepas saya telah terjun ke dunia tutoring secara full time dan seiring dengan passion terbaru itu terbitlah DUNIA baru saya iaitu penulisan dalam bidang akademik terutamanya tips belajar.

Telah banyak tips belajar yang saya hasilkan, kebanyakannya terselit di pelbagai blog.

Kedudukan artikel tulisan saya yang merata-rata menyebabkan saya sendiri sukar untuk mencari semua tips tersebut bila diperlukan, untuk dikongsikan dengan ibu bapa.

Jadi hari ini saya cipta blog ini agar saya dapat himpunkan kesemua tips tersebut dalam blog ini sahaja.

Yang uniknya bagi anda dan manisnya bagi saya, blog ini HANYA menempatkan Teknik2 Belajar yang SAYA CIPTA sahaja. Untuk tips yang bukan hasil garapan saya, mungkin tuan puan boleh google seperti biasa.

Saya harap blog ini dapat membantu ramai ibu bapa untuk membantu anak mereka di rumah dan di mana-mana sahaja demi melahirkan generasi bijak, cemerlang dan terbilang.

Amin.

Ikhlas,
HT Amir
15.3.2016

4 comments:

Unknown said...

Tahniah & syukran kerana permudahkan urusan ibu bapa yg dahagakan ilmu utk pastikan anak2 belajar dgn teknik yg sistematik

HT Amir said...

Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan. Semoga bermanfaat. Tolong sebarkan kepada semua kenalan puan.

triple why said...

Tahniah sir ilmu yang bermanfaat untuk kami.... terima kasih atas perkongsian ilmu. ...

Anonymous said...

Banyak yg saya belajar dalam himpunan teknik belajar terbaik ciptaan HT Amir nie Tahniah dan terima kasih di atas segala perkongsian ini. Saya dah mula menerapkan beberapa perkara kepada anak saya yang bongsu