Saturday 23 April 2016

Rahsia bantu anak Pandai Bahasa Inggeris dengan Membacakan Buku Contoh Karangan Sebelum Tidur


Teknik BedTER (BedTime Essay Reading) Untuk Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris Anak Secara Semulajadi

Idea UTAMA dalam Teknik ini adalah untuk menukar buku yang digunakan semasa bercerita kepada anak semasa dia hendak tidur iaitu daripada Buku Cerita Dongeng kepada Buku Contoh Karangan Bahasa Inggeris.

Contoh Buku Cerita Dongeng adalah seperti di bawah ini.



Kenapa hendak ditukar? Pertama, Teknik BedTER ini dicipta khas untuk anak-anak yang dah masuk Sekolah Rendah. Anak-anak ini biasanya sudah tak berapa minat dengan cerita-cerita dongeng yang kebudakan. Tambahan pula, jika ibu atau ayah sudah bacakan cerita-cerita sedemikian sejak mereka kecil, cerita-cerita itu pasti membosankan.

Jadi nak tukar kepada buku apa? Saya sarankan agar ibu bapa mencari buku-buku seperti di bawah ini. Kenapa nak tukar kepada buku karangan? Mudah sahaja......kerana anak-anak kita selalu KEKURANGAN IDEA tentang apa yang nak ditulis dalam exam. Mereka kurang membaca. Mereka juga malas nak menyalin karangan, melainkan mereka telah mula menyalin dalam My Big Blue Book seperti yang saya sarankan sebelum ini.

Jadi ibu bapalah yang perlu bacakan kepada anak-anak. Tiada buku lain yang lebih sesuai berbanding buku ini, pada pendapat saya. Ini kerana buku ini disusun MENAIK. Maksudnya dari buku Nombor 1 yang amat sesuai untuk Pelajar Tahun 1 atau juga pelajar Tahun 6 yang amat lemah penguasaan Bahasa Inggerisnya. Macam anak-anak saya, saya mulakan dari Book 1 kerana saya dah beli. Rugi tak baca.



Perlukah ibu bapa beli dan mulakan dari Book 1 kalau anak mereka dah di Tahun 6? Bagi saya, terpulang! Maksudnya ibu bapa sendiri mengenali anak mereka. Mereka sepatutnya tahu tahap penguasaan BI anak mereka. Jika anak sangat lemah, mulalah dari Book 1. Kalau sudah bagus, nak mulakan terus dari Book 6 pun boleh.

Sebenarnya apabila saya membaca Book 1, saya dapati karangannya amat berkualiti. Pertama sekali, ada banyak tajuk yang diberikan dalam sebuah buku yang kecil, seperti yang dapat kita lihat dalam muka pertama bahagian Contents seperti di bawah ini.


Kemudian, apabila saya membacakan Karangan pertama untuk anak, saya dapati isi karangan tersusun, isinya berkualiti, perkataan yang digunakan berkualiti dan sesuai dengan pelajar di Tahun 1. Anak-anak saya yang berada di Tahun 4 dan 5 dapat faham dengan mudah apa yang ditulis dalam buku tersebut.



Selesai membaca, saya mula bertanyakan soalan kepada anak-anak saya. Contohnya untuk Essay Nombor 1 di atas, saya bertanyakan soalan berikut:

1) Karangan ni tentang siapa? → Deborah
2) How old is Deborah? → 7 years old
3) What happens when Deborah smiles? Dimples appear on her cheeks
4) What is the name of her school? Greenwich Primary School
5) What are the colours of her school's uniform? Green & White

Di samping bertanya soalan, kita juga boleh tanya kepada anak jika ada perkataan-perkataan yang dia tidak faham. Jika anak tak dapat menangkap perkataan yang susah kerana kita membaca terlalu laju, mungkin kita boleh memilih beberapa perkataan yang kita rasa agak susah dan kita uji anak kita. Contohnya sewaktu bercerita, saya tanya "Dimples tu apa?". Anak yang 11 tahun boleh jawab dengan tepat sebaliknya anak yang 10 tahun tidak tahu. Maka di saat itu pelajaran telah berlaku pada anak 10 tahun saya.

Kita boleh memilih untuk membaca dan memberi soalan untuk satu karangan sahaja pada satu-satu malam. Untuk anak-anak saya, satu karangan sahaja tak dapat membuatkan mereka terlelap. Maka saya perlu baca dan soal tentang 4 buah karangan. Saya OK je, asalkan saya sendiri belum mengantuk waktu itu.

Jadi itulah sahaja perkongsian saya tentang Teknik BedTER ini.

Semoga anda mendapat manfaat dan akan memulakannya secepat mungkin .

GOOD LUCK!

p/s: Jika anda belum ada bajet untuk membeli buku-buku tersebut, anda boleh sahaja menggunakan buku yang sedia ada di rumah, asalkan menepati tujuan-tujuan yang saya nyatakan di atas tadi.


Update 23.4.16
===========
Alhamdulillah, anak-anak saya dah boleh menerima Teknik BedTER ni. Hari ni saya dapat bacakan lebih 5 karangan BI. untuk mereka, sehingga mereka terlelap.

Update 24.4.16 - 1
=============
Ada pulak orang yang komen agar lebih baik tukar daripada cerita dongeng kepada kisah-kisah nabi. Saya tak nafikan itu idea yang bagus tapi idea itu dah ramai orang buat dan dah menjadi amalan orang kita. Lebih penting lagi, idea itu tidak menepati objektif asal mengapa saya mencadangkan agar ditukar kepada Buku Contoh Karangan. Saya rasa orang itu tak baca posting saya ini sampai habis. Wallahua'lam.

Update 24.4.16 - 2
=============
Rakaman saya membacakan beberapa Contoh Karangan (tanpa bertanya soalan)

6 comments:

Unknown said...

Thank you sir. Ilmu yg sgt bermanafaat...

Unknown said...

Thank you

Unknown said...

Sir amir..buku ni ade dijual di kedai buku biasa ke?

Syahira said...

Bagaimana nak beli buku ini?

HT Amir said...

Beli buku ni di kedai buku ya. Saya tak jual.

Unknown said...

Tq sir... saya dh ada set buku ne.. dh guna pon... mmg terbaik. Beli kt pustaka rakyat