Sunday 1 May 2016

Teknik ABC Maths untuk atasi kelemahan dalam subjek Matematik UPSR




Teknik ABC untuk atasi kelemahan dalam subjek Matematik UPSR 
========================================================

Teknik A.B.C untuk perbaiki Math yang lemah dengan sepantas mungkin menggunakan Buku Rujukan.......

Siapa nak tahu? 

A - stronaut's view
B - aca sepantas kilat
C - ontoh mesti serupa

p/s: Bagi yang ragu2, saya dah guna teknik ni sejak tahun 1989 iaitu sewaktu saya di Tingkatan 3 lagi. Kemudian saya dah gunakan untuk aetiap tutee saya termasuk anak saya sendiri. Terbukti BERKESAN kalau pelajar BUAT MACAM DIAJAR!




LANGKAH 1: Beli buku RUJUKAN* yang seperti dalam gambar di atas.
----------------------------------------------------------------------------------------
1. Tiada buku "rujukan" lain setakat hari ni, 1hb Mei 2016 yang terjual di kedai buku. Kesian kat calon-calon UPSR tahun ni. Buku rujukan yang lengkap pun tiada. Yang banyak ada hanyalah Buku Aktiviti. Apapun, ibu yang ada anak nak ambil UPSR tahun ni, wajib beli yang ni ya!

2. Saya mendefinisikan buku rujukan sebagai buku yang bersaiz A4, maksudnya besar, bukan kecil dan tiada tajuk "ekspress", "nota padat", "nota ringkas" dan sebagainya lagi. Buku rujukan bermaksud ada bahagian Nota Lengkap, ada Contoh Soalan yang lengkap, ada Contoh Jawapan dan Jalan Kerja kepada Contoh Soalan yang lengkap, ada Soalan Praktis yang berpatutan kuantitinya, ada Peta MInda Lengkap, ada Tips Peperiksaan, ada soalan KBAT dan bukan KBAT, ada Contoh Soalan Format Peperiksaan sebenar dan banyak lagi yang tak mungkin ada dalam buku aktiviti!!!

3. Saya tidak jual buku ini. Sila dapatkan di kedai buku atau laman web penerbit buku tersebut.