Friday 29 April 2016

TEKNIK Sesi Belajar BerFOKUS (SBB) untuk PENGURUSAN MASA BELAJAR TERBAIK



TEKNIK SBB untuk PENGURUSAN MASA BELAJAR TERBAIK
===================================================

Tempoh masa belajar yang TERBAIK adalah selama 30 minit sehingga 45 minit SAHAJA.

Any session longer than that is FUTILE.

Maksudnya tidak mencapai apa-apa kerana jika lebih daripada 45 minit hanya akan merugikan diri sendiri kerana kajian membuktikan bahawa tumpuan seseorang pelajar adalah paling tinggi pada 10 minit pertama dan 10 minit terakhir. Jadi, pendekkan sesi belajar supaya kita boleh dapat lebih banyak Slot Fokus 10 + 10 tersebut.

Of course, perlu SET MATLAMAT BELAJAR dulu sebelum memulakan sesi belajar kerana tanpa matlamat, 30 minit atau sejam atau 2 jam akan hilang begitu sahaja. Jadi set matlamat dulu ya. Lagi JELAS matlamat lebih fokus, contohnya "saya nak keluarkan isi-isi penting dari Bab 2 Math Tahun 5 ni" then terus buat. Pasti akan tercapai matlamat tu. Cubalah!

Oh ya, jika anda yang tertanya-tanya "Takkan study 30 minit je Sir?". Taklah begitu ya. Maksudnya buat banyak Sesi Belajar BerFOKUS (SBB) tu. In between tu pelajar boleh berehat ke atau senaman ringan ke dan apa-apa sahaja yang boleh dilihat sebagai GANJARAN kepada diri sendiri kerana dah berjaya menghabiskan satu SBB.

So, mulai hari ni, amalkan SBB ya!

Kemudian KOMEN hasilnya di ruangan komen di bawah ni. Jangan kedekut nak share hasil ya. Bagus tak bagus. jadi tak jadi, komenlah....mana tahu boleh membantu orang lain yang nak mencuba......Tq ya.



HT Amir
30.4.16

No comments: