Monday 14 March 2016

Teknik PMS+C → Teknik belajar Terbaik dan Terkini ciptaan HT Amir



P = Peta
M = Minda
KBAT = Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Soalan : KBAT tu apa?
Jawapan : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
=======================================================
Betul ke Salah? → BETUL, tapi tak tepat sebab tak lengkap.

Itu hanya memberitahu makna akronim KBAT tetapi tidak menjelaskan apakah itu KBAT.

Bagi saya, nak jawab soalan apakah itu KBAT (HOTS) ada dua steps:

1) Kena tahu apakah itu kemahiran Berfikir Aras Rendah (Low Order Thinking Skills = LOTS) terlebih dahulu iaitu:
-----------------------------------------------------------------
1a) Boleh MENGINGAT maklumat atau fakta
1b) Boleh MENYELESAIKAN TUGASAN dengan MENGAPLIKASI KONSEP atau PENGETAHUAN, dalam KONTEKS dan SITUASI yang dah menjadi KEBIASAAN baginya
1c) Penyelesaian mengikut ALGORITMA tertentu yang telah dipelajari oleh seseorang itu

* 3 elemen ni sahaja, sebelum zaman KBAT dah boleh menjadikan seseorang pelajar itu PANDAI. Tetapi dalam era KBAT, lebih banyak perlu dilakukan.
* Algoritma = satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yg diikuti utk menyelesaikan masalah
♥ Contoh Soalan LOTS dalam Sains: Pengiraan secara terus sesuatu soalan pengiraan, menggunakan formula yang biasa digunakan.

2) Kemudian barulah kita boleh terangkan apakah itu KBAT iaitu:
-------------------------------------------------------------------------------------------
2a) Kebolehan Mengingat atau Menghafal maklumat sahaja tidak mencukupi
2b) Boleh MENGAPLIKASI konsep dalam situasi BERBEZA, MENGANALISIS maklumat seperti mengenalpasti corak dan mengelas, MENILAI keputusan serta tindakan, dan MEREKACIPTA sesuatu idea baru. Semua ini dilakukan dengan kebolehan memberikan JUSTIFIKASI atau PENERANGAN
2c) Terdapat LEBIH DARIPADA SATU penyelesaian dan Pelajar perlu MENYELESAIKAN TUGASAN di mana tiada ALGORITMA telah diajar.

♥ Contoh Soalan HOTS dalam Sains: Perihalkan, Berikan Inferens, Ramalkan.

Saya harap dengan penerangan ni, ibu bapa lebih jelas apakah itu KBAT.

HT Amir
12.3.16

=====================================================================

Next question, bagaimanakah PM boleh menjadi Pemangkin kepada KBAT?

Di sinilah pentingnya untuk tahu KBAT tu apa dan PM itu apa

1) PM telah digunakan selama beribu-ribu tahun oleh para cendekiawan sepanjang zaman

2) Tapi dalam abad ke 20 seorang intelek iaitu Tony Buzan telah mencipta PMS iaitu Peta Minda Sebenar. (True Mind Map). Dengan PMS, potensi otak telah menjadi lebih hebat kerana PMS meningkatkan:
  • Kuasa Berfikir
  • Memori
  • Kreativiti
melalui KAITANIMEJ, WARNA & ULANGAN


3) Tahun lepas HT Amir pula mencipta PMS+C iaitu memasukkan elemen CERITA ke dalam PMS supaya PMS menjadi lebih hebat, lebih mudah diingat, lebih menarik dan yang paling penting boleh diingati sampai bila-bila!





Teknik PMS+C ini diajar secara ekslusif semasa Bengkel PM IDA (Ibu & Anak) yang amat popular.

Anda dijemput untuk baca blog yang berikut untuk mengetahui tarikh seterusnya Bengkel PM IDA. → 
http://daftarbengkelbijakbelajar.blogspot.my/


HT Amir
15.3.2016

No comments: