Monday 14 March 2016

MAGIC POCKET & TABUNG AJAIB - Teknik Belajar Jadi Pandai yang Terbaru HT Amir


Semalam berlangsung Bengkel Bijak Belajar 1 Khas untuk Tahun 4 & 5.

Setiap kali BBB memang BERBEZA.

Semalam timbul idea "MAGIC POCKET".

Ideanya MUDAH, MURAH & PRAKTIKAL.


Langkah 1 : Tetapkan sasaran nak TFI apa.

contoh: Nak hafal Sifir 4x8

Langkah 2 : Gunting kertas kecil, saiz kertas KuNa CaHo pun boleh.

Langkah 3 : Tulis sasaran

Contoh :   4 x 8 = 32

Langkah 4 : Masukkan sifir ini dalam poket baju atau seluar atau skirt sekolah anak. Bagitau dia, now poketnya = Magic Pocket . Minta dia ulangsebut sifir ini setiap kali dapat peluang untuk menghafal, sebanyak yang mungkin , sampai melekat dalam otak, sampai BOSAN! :

4.1 berjalan kaki dari rumah ke tempat menunggu van sekolah atau berjalan ke sekolah
4.2 semasa dalam perjalanan ke sekolah (dalam kereta atau van)
4.3 semasa rehat, sambil makan
4.4 semasa pertukaran guru kelas
4.5 teruskan menghafal bila balik rumah, setiap kali ada masa

Langkah 5 : Sebelum tidur, ambil balang plastik atau kaca atau Tabung Duit yang lama atau balang kuih raya tahun lepas dan masukkan Sifir tadi. Namakan atau letak label "TABUNG SIFIR AJAIB"


Langkah 7 : Tetapkan sasaran untuk 3 subjek lain dan Ulang Langkah 2  & 3. Jika BI, masukkan dalam "TABUNG WORDS AJAIB" dan sebagainya lagi.

Contoh : 1 tense BI dari Table V1 V2 V3
Contoh : 1 Bahasa Istana
Contoh : 1 Istilah Sains

Langkah 8 : Buat Lucky Draw (jangan pilih kertas mana) untuk memilih subjek mana untuk diuji dari TABUNG setiap minggu, sekali.

Nota 1 : 
Itu MP hari ini.
Esok MP lain pula.

Nota 2 :
Lucky Draw yang dibuat akan menghilangkan rasa bosan yang mungkin wujud jika hanya ada 1 nota.

Nota 3 :
Nak lebih menarik, ajak Rakan untuk bertukar-tukar MP atau rakan jadi Tukang Tanya. Memang FUN!

Nota 4:
Sehari ada 24 jam, 10 jam tidur, jadi ada 14 jam masa berjaga.
14 jam x 60 minit x 60 saat, maknanya anak kita ada 50,400 saat untuk INGAT NOTA guna Teknik MAGiC POCKET ni.
Bahagi 6 saat, maknanya ada 8,400 KALI kesempatan untuk ulang sebut nota itu

Tak perlu 8,400 KALI lah.

Katalah anak kita ulang sebut 100 kali sahaja, nota yang sama, contohnya 8x4 32   8x4   32    8x4  32, pada masa yang berbeza, saya PASTI apa yang diulangi itu AKAN TERPAHAT dalam INGATAN dia.

Dan itulah Idea MAGiC POCKET hari ini.

YANG BEST-NYA.....anak hanya ada satu 'MAGIC POCKET' tapi banyak 'TABUNG SUBJEK AJAIB' yang pelbagai, contohnya BI, BM dan lain2.



Sekiranya anda suka idea ini, please ajak anak buat dan update di ruangkan komen sama ada berjaya atau sebaliknya.

Sekian.

Terima kasih.


HT Amir
15.3.2016

No comments: